TAJ DARUL MAQAMAH mula diwujudkan di Sekolah Agama Seri Molek pada tahun 2001 sebagai tahun perintis yang kini berada di bawah bimbingan Ustazah Nurul Farah bt Rajid dan Ustazah Sulimah bt Nasir.
Kelas TAJ tersebut semakin berkembang dari tahun ke tahun mengikut peningkatan dan prestasi pelajarnya.
Ia bermula secara berperingkat-peringkat bilamana program TAJ ini mula diperkenalkan.Pihak penyelarasan telah membuat perubahan dari masa ke semasa untuk memberikan keselesaan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pihak guru juga lebih memberi fokus dalam pembentukan sahsiah peribadi pelajar disamping mengetahui asas Al Quran dan solat serta menerapkan nilai-nilai murni sebagai panduan apabila meningkat dewasa kelak.
No comments:
Post a Comment